Sabtu, 21 Desember 2013
Mentega kacang kurangkan risiko barah
PENGAMBILAN mentega kacang dua kali seminggu mampu mengurangkan risiko barah payu dara.
Kajian Fakulti Perubatan Universiti Washington di St Louis dan Fakulti Perubatan Harvard menemui kaitan kukuh terutamanya kepada remaja perempuan yang makan kacang ketika berumur antara sembilan dan 15 tahun.
"Selain itu, penemuan itu menunjukkan mentega kacang boleh mengurangkan risiko barah di kalangan wanita berumur 30 tahun," menurut Pengarah Bersekutu Pencegahan dan Kawalan Barah di Pusat Barah Siteman Hospital Barnes-Jewish, Dr Graham Colditz.
Difahamkan, keputusan itu diperoleh berdasarkan kajian dijalankan ke atas 9,039 wanita berumur 18 hingga 30 tahun di Amerika Syarikat secara dua peringkat antara 1996 dan 2010.
Menurut Daily Mail, ia jelas menunjukkan pengambilan mentega kacang dua kali seminggu sebenarnya dapat mengurangkan risiko menghidap barah payu dara sehingga 39 peratus berbanding individu yang tidak pernah memakannya.
Related Posts : barah,
kacang,
kurangkan,
mentega,
risiko
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar