Rabu, 01 Januari 2014
Kos PRU tinggi bukan isu Yang penting Pemilihan sebuah kerajaan yang bersih baik dan boleh dipercayai
sinar harian 24 Sept 2012
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu berkata, ini kerana, jika rakyat tersalah pilih kerajaan, perbelanjaan negeri atau negara akan semakin meningkat akibat memilih pemimpin bermasalah.
“Kos lagi tinggi kalau pilih kerajaan membazir, melakukan jenayah rasuah atau ketirisan. Lagi teruk nanti kalau sampai harga air dan elektrik meningkat.
“Bagi saya, kita kena buat perbandi- ngan. Memang kos tinggi kalau buat pilihan raya berasingan, tapi ia berbaloi jika boleh memilih kerajaan lebih efisien, saksama dan bersih,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas berhubung pendirian Selangor yang enggan menyertai negeri lain pada PRU13 nanti.
Beliau berkata, hampir 500,000 pengundi baru di Selangor, namun setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh memberi jaminan daftar pengundi itu bersih.
Ditanya tentang jumlah pengundi yang mungkin terjejas jika pilihan raya diadakan secara berasingan, Ronnie berkata, ia tidak menjadi masalah kerana Kerajaan Negeri akan memilih tarikh bersesuaian untuk mengadakan pilihan raya negeri nanti.
“Kita ada kuasa untuk pilih tarikh pilihan raya negeri. Jadi kita boleh cari hari cuti supaya pengundi boleh keluar mengundi,” katanya.
Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad berkata, pendirian Selangor untuk mengadakan pilihan raya asing itu adalah mengikut Perlembagaan Malaysia dan perkara itu sudah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
“Ini adalah hak kita dalam demokrasi. Kalau kata kos tinggi, (Kerajaan Pusat) buatlah pilihan raya bersama-sama (Selangor).
“Saya yakin rakyat sekarang tertunggu-tunggu untuk mengundi seperti mana yang berlaku dalam himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), ramai yang turun sertai. Jadi saya rasa tidak timbul isu jumlah yang turun mengundi pada PRU13 ini akan terjejas jika rakyat terpaksa turun undi dua kali,” katanya.
Sementara itu, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menyifatkan mengundi dua kali dalam pilihan raya berasingan adalah antara proses pengukuhan sistem demokrasi biasa seperti yang diamalkan di negara maju.
“Saya lebih hairan kenapa isu ini (pilihan raya asing) timbul sedangkan perkara ini telah diumumkan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sejak 2010 lagi. Jelas Kerajaan Pusat takut dengan PR yang mahu adakan pilihan raya secara berasingan,” katanya.
Related Posts : baik,
bersih,
boleh,
bukan,
dan,
dipercayai,
isu,
kerajaan,
kos,
pemilihan,
penting,
pru,
sebuah,
tinggi,
yang
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar