Rabu, 05 Maret 2014

SADIS BODOH MELAMPAU Budak Perempuan 11 Tahun Mati Bergaduh Rebut Balak



Di Long Beach California berlaku kejadian sadis tetapi bebal membabitkan 2 kanak-kanak permpuan berumur 11 tahun. Dalam kejadian minggu lalu Joanna Ramos (11) meninggal dunia setelah bergaduh dengan rakan sekolah kerana berebut teman lelaki.

Joanna dan saingan cintanya bergaduh selepas waktu sekolah dan dalam pergaduhan tersebut kepala Joanna dihantuk dengan lutut. Selesai pergaduhan Joanna dikatan hanya mengalami pendarahan pada hidung. Tetapi setibanya dirumah dia mengadu pening kepala dan muntah-muntah. Ibu bapanya segera menghantar dia ke hospital tetapi dia meninggal dunia sebelum pembedahan menyelamatkan nyawa sempat dilakukan. Polis kini menahan gadis yang bergaduh dengan dia untuk siasatan lanjut

Tidak ada komentar:

Posting Komentar