Minggu, 16 Maret 2014

Britney Spears Kepingin Anak Perempuan


Selepas dikurniakan dua anak lelaki tinjauan perkahwinannya dengan Kevin Federline dulu, Britney Spears meluahkan hasrat mahu menimang cahaya mata perempuan pula.

“Saya teringin nak anak lagi, lebih-lebih anak perempuan. Saya nak rias dia menjadi ‘mini me’.

“Dengan adanya anak perempuan, saya tidak akan rasa sunyi lagi kerana bila saya melihatnya, saya seperti melihat refleksi diri saya sendiri,” katanya dalam temubual dengan majalah InStyle keluaran Januari 2014.

Anak lelaki Britney, Sean Preston Federline dan Jayden James Federline kini masing-masing sudah pun menginjak usia lapan dan tujuh tahun.

Perkahwinannya dengan Federline sebelum ini hanya bertahan selama tiga tahun apabila mereka telah disahkan bercerai pada 2007.

Selepas itu Britney bertunang pula dengan Jason Trawick, namun hubungan mereka tidak berkekalan lama apabila putus tunang pada Januari tahun ini.

Sehingga kini tidak diketahui siapa jejaka yang sedang mendampingi Britney pada ketika ini.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar