Senin, 10 Februari 2014

Pemuda Berdepan Hukuman Mati


KOTA BHARU – Walaupun baru berusia 22 tahun, seorang pemuda berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar dadah, 8 November lalu.

Muhammad Aizuddin Ibrahim, dari Jalan Sultanah Zainab di sini, didakwa mengedar 60 gram dadah jenis metamphetamine atau pil kuda di hadapan sebuah hotel Jalan Hamzah di sini, pada jam 3.15 pagi.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa negeri, Nurliyana Md Zukri di hadapan Nik Habri Muhamad.

Namun, pada prosiding itu, tiada sebarang pengakuan direkodkan. Kes ditetapkan sebutan semula pada 29 Disember ini untuk laporan kimia bagi mendapatkan berat sebenar dadah berkenaan.

Sementara menunggu tarikh tersebut, tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan. Muhammad Aizuddin ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. – Sinar Harian Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar