Jumat, 07 Februari 2014

Neelofa Di Tanah Suci

Baru ada ‘mood’ mahu menulis mengenai berita terbaru Neelofa. Maaf jika kami tidak berminat mahu menulis kisah kontrovesinya bersama Anzalna Nasir. Kini semuanya sudah diselesaikan. Neelofa kini sedang berada di Tanah Suci Mekah. Selain menjalani penggambaran di sana, Neelofa mengambil peluang berharga ini untuk turut menunaikan umrah.

Menerusi laman sosial Twitter miliknya, Neelofa tidak putus-putus melahirkan rasa teruja walaupun gementar berada di rumah Allah.
“Ini kali pertama saya ke sini, syukur sebab saya diberi peluang untuk bertamu ke rumah Allah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan saya berasa amat puas untuk berdoa di sini. Doa saya semoga akan beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini, ketenangan serta fasa baharu yang membahagiakan,” katanya menerusi Twitter.
Dalam masa sama, pelakon Azura 2011 ini turut berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di sana seperti di bawah ini :
Semuga Neelofa mendapat apa yang dicari dan didoakan di sana. Amin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar